Total Pengunjung

Sabtu, 06 April 2013

Battle of the Bulge

"Battle of the Bulge"
Dec16,1944-Jan15,1945 
Ofensif besar terakhir Jerman di Ardennes

Pertempuran ini terjadi dalam bulan Desember 1944 dipegunungan Ardennes  di Belgia bagian timur.Pertempuran ini dikenal sebagai The Battle of the Ardennes atau Battle of the Bulge."Bulge" dalam bahasa inggris berarti "tonjol".Julukan ini disebabkan oleh kuatnya ofensif Hitler secara mendadak,sehingga sekali pukul terpaksa sekutu di front Ardennes mundur sejauh 50 mil,sehingga wilayah yang dikuasai tentara Jerman mendadak berubah seperti tonjolan.


Serangan Jerman bermula pada 16 Disember 1944 pada pukul 0530 jam dengan serangan meriam besar-besaran ke atas tentera Amerika yang berhadapan dengan Tentera Panzer ke 6. Pada jam 0800 kesemua tiga Tentera Jerman menyerang menerusi Ardennes. Di sektor utara Tentera Panzer SS ke 6 Dietrich menyerang Losheim Gap dan Elsenborn Ridge dalam usaha memecah keluar ke Liège. Di tengah, Tentera Panzer ke 5 von Manteuffel menyerang kearah Bastogne dan St. Vith, kedua-duanya persimpangan jalan yang penting secara strategik. Dan diselatan Tentera ke 7 Brandenberger bergerak ke arah Luxembourg dalam usaha mereka untuk mempertahankan bahagian belakang dari serangan pihak Berikat.
Meniru taktik yang digunakan Russia terhadap barisan Jerman dengan hasil yang dashyat semasa Operasi Bagration, gelombang Jerman pertama kebanyakannya infantari, yang membersihkan kawasan dan membentuk kacip dihadapan yang boleh digunakan oleh tentera berperisai. Kemaraan pertama mengejutkan tentera Amerika dan kebanyakan unit hadapan menyerah, tetapi tentangan hebat berikutnya melambatkan kemaraan tentera Jerman.
Serangan oleh Tentera Panzer SS unit infantari unit ke 6 di bahagian utara terhalang disebabkan tentangan hebat oleh Division Infantari US ke 2 yang tidak disangka-sangka di Elsborn Ridge mengakibatkan kemaraan mereka terbantut; ini memaksa Dietrich untuk menggunakan pasukan Panzer awal. Bagaimanapun, bermula pada 16 Disember, ribut salji yang teruk melanda kawasan Ardennes. Walaupun ia mengakibatkan tentera udara pihak Berikat di darat seperti yang diiinginkan, keadaan cuaca juga mengganggu pihak Jerman kerana keadaan jalan yang teruk menganggu kemaraan mereka, beribu-ribu kenderaan lekat dalam kesesatan lalu lintas.
Serangan Jerman di bahagian tengah dan selatan berjalan dengan lebih baik ketika mereka bertempur dengan Division Infantari ke 106 Amerika. Sepanjang perbatasan bagaimanapun, ketiadaan pengalaman tentera Jerman juga terserlah. Mereka cenderung menyerang di kawasan terbuka, dan berbaris tanpa perlindungan, menjadukan mereka sasaran utama serang hendap Amerika. Kemajuan peluru meriam fius proximity oleh pihak Berikat melumpuhkan ramai tentera Jerman di kawasan terbuka.
Hitler meramalkan bahawa ia akan mengambil masa selama dua atau tiga hari bagi Eisenhower untuk menyedari bahawa pertempuran di Ardennes merupakan serangan utama dan bukannya serang balas tempatan. Ramalannya ternyata salah sama sekali; sebelum berakhir hari pertama, Eisenhower—mengabaikan nasihat kaki tangannya—telah memerintah sejumlah besar tentera sokongan kekawasan tersebut.Red Ball Express berhenti menghantar bekalan dan mula menghantar tentera. Dalam tempoh seminggu, 250,000 orang tentera telah dihantar. Pada masa yang sama, Division Bawaan Udara ke 101 - (101st Airborne Division), (bersama-sama pasukan tempur dari Division Perisai ke 10 U.S.diperintahkan bergerak dan mempertahankan bandar Bastogne. (Citizen Soldiers, p 201).